Tuesday, August 26, 2014

Farah termenung sendirian dihadapan pc. Buku- buku yang bertimbun di atas meja itu seolah tidak langsung mengganggu. Skrin pc itu dipandangnya dengan pandangan kosong. Fikirannya melayang jauh...
                                                                      -----------
" makan telur je? ". seorang lelaki berkulit hitam manis menegurnya di kafeteria. Farah tersipu-sipu. Dia tidak mengenali lelaki itu, tapi yang pasti dia tahu, lelaki itu sekelas dengannya. Semenjak mendaftarkan diri di IPTA itu Farah belum pernah mengenali mana-mana lelaki. " makan telur je.." Farah membalas teguran itu. Agak lambat kerana bingung siapa yang ditegur sebenarnya. Penjual makanan di kafetaria itu, seorang gadis dalam usia lingkungan belasan tahun tersenyum melihat karenah Farah yang agak panik dan malu-malu.
 Terasa segala gerak-gerinya diperhati. Pada masa itu dia mencedok apa sahaja lauk dihadapannya untuk menyembunyikan rasa segan.

"woi berangan!" Farah tersentak apabila teman sebiliknya menepuk bahunya. Senyumannya terhenti hilang disitu. Segalanya terus lesap. Hatinya kembali sayu.


" Bila agaknya masa aku betul-betul boleh lupakan dia. Bila??  "...

No comments:

Post a Comment