Dia memandangku. Masih menunggu tindak balas dariku dengan penuh rasa sabar. Aku cuba tidak mengendahkannya. Masih mencari ayat terbaik untuk dilontarkan. Supaya tidak melukainya atau menyakitinya. Pandangan ku lontarkan di lautan hadapan mataku. Suasana ketika itu, hanya desiran angin dan burung- burung berkicauan yang berbicara. Aku masih buntu melontarkan kata. Mungkin aku mengambil masa terlalu lama. Akhirnya aku menoleh ke arahnya, mengartikan satu senyuman kelat. Harap dia mengerti. " InsyaAllah kalau ada jodoh ". Akhirnya itu ayat yang kupilih. Aku tahu jawapan itu sudah tidak sesuai dengan peringkat ikatan aku dan dia. Aku masih belum pasti dengan pendirianku. Ya Allah tunjukkan lah aku.
Setahun sebelum itu.
" Abang minta maaf, abang tak tahu pasal semua ni. Mak abang datang merisik Fara tanpa pengetahuan abang. Mana mungkin kita boleh bersama. Kita kan sepupu ". kata- kata itu membuat aku rasa sungguh tercabar. Keluarganya telah terlanjur merisikku, dan aku telah terlanjur menerimanya. Dan itu kata- kata nya padaku? Maka selama ini layanan dia tarhadapku membuat aku rasa salah faham?
Aku membalas kata- katanya dengan cuba berlagak tenang. " Apa yang dah jadi dah pun jadi. Kita lupakan. Cuma satu benda yang Fara nak ingatkan. Kalau kita takda niat apa- apa terhadap seseorang, jangan memberikan layanan yang terlalu baik. Kelak akan menimbulkan salah faham semua orang. Akan menimbulkan harapan. Jangan baik sangat... tu saja ". Sangat sedih rasa. Tapi rasa marah mengatasi segalanya. Aku menerimanya bukan kerana aku rasa cinta. Tapi aku rasa dia adalah yang terbaik untuk aku.
Sebulan selepas itu.
Aku merenung cincin itu. Aku masih belum mengerti bagaimana hubungan ini masih diteruskan. Bagaimana semua ini boleh terjadi. Ikatan ini seolah bukan atas dasar cinta. Siapa yang menyatukan kami? Ini seolah keinginan keluarga. Tapi layanan dia terhadapku sungguh barbeza. Aku masih keliru dengan apa yang berlaku. Semua terjadi dengan terlalu pantas. Aku tidak pernah terfikir akan secepat ini. Aku masih belajar dan tidak pernah merencanakan semua ini. Padahal aku dan dia masih belum kenal dengan baik. Tidak pernah berbicara soal hati.
Selepas itu bermacam- macam rancangan yang direncanakan untuk menyatukan hati aku dan dia. Setelah sejauh ini... mengapa hatiku tiba- tiba terasa berat untuk menerimanya.
* Bersambung...
Saturday, September 21, 2013
Wednesday, January 23, 2013
Hayat ini
Aku salah seorang dari manusia yang dicipta. Ada berjuta2, berbilion2 manusia yang dicipta. Aku salah satunya. Number siri tiada. Cuma cap jari yang membezakan aku dengan manusia2 lain. Aku diciptakan dengan naluri. Punya keinginan, matlamat dan impian. Itu semua telah diprogamkan sejak dari awal lagi penciptaanku. Aku ingin menjadi yang terbaik. Aku ingin mengejar kekayaan, nama, pangkat. Aku inginkan kehormatan, kebanggaan, kasih sayang. Aku pun ingin menjadi bijak, cantik, dan sempurna. Itu nafsu dalam diri manusia seperti aku.
Dalam aku ingin mengejar kesempuarnaan itu, aku sering diberi pilihan. Yang baik, dan yang buruk. Yang buruk itu selalu kelihatan seperti satu batu loncatan. Yang baik itu selalu amat payah. Untuk mengejar kesempurnaan itu, jalan yang baik biasanya kita sering terjatuh. Kepada manusia yang benar2 faham mengapa akan terus memilih kebaikan. Yang sedar hakikat penciptaannya, yang sabar dan bersih hatinya akan tetap tenang memilih kebenaran. Itu gunanya akal yang juga diciptakan didalam diri manusia seperti aku.
Penciptaku telah memberikan buku panduan untuk aku melalui hidup yang sementara ini dengan betul. Kerana keseluruhan hidupku adalah ujian semata-mata. Buku panduan itu diberi nama Al-quran. Buku panduan itu amat menarik. Ia berbentuk sebuah cerita, pesanan dan juga peringatan. Tetapi kebanyakan manusia lebih memilih buku2 ciptaan mereka sendiri sebagai panduan. Aku juga begitu. Banyak penciptaan manusia yang menjadi panduan hidup manusia. Contohnya majalah, novel... Ada yang bijak, memilih buku bersumberkan sumber dari Pencipta mereka sebagai panduan hidup. Sebenarnya manusia diciptakan dari asalnya hati yang baik, suci bersih. Tetapi semakin mereka mengenal dunia mereka semakin lalai. Kerana dunia begitu indah. Banyak nikmat yang dapat dikecapi. Mereka lupa hasrat murni mereka sebelum mereka mengenal dunia dulu. Mereka juga pernah berjanji dengan Pencipta mereka. Tetapi mereka lupa. Aku lupa.
Tetapi Penciptaku Maha Penyayang. Waktu malam yang diciptakannya amat tenang itu. Suasana sunyi, hanya kedengaran bunyi cengkerik ciptaannya. Dikala aku duduk berseorangan melepaskan lelah setelah mengharungi kekalutan, kenikmatan serta lakonan2 di dunia ini di siang hari, Dia membuat aku berfikir kembali.
Bagaimana kalau aku mati esok? Adakah aku sudah bersedia untuk dishutdownkan yang hanya bila2 masa boleh berlaku. Aku terbaca satu artikel - Tanda2 100 hari Kematian - Hati ini... tiba2 rasa takut untuk menghadapi masa2 akan datang. Esok, apa akan jadi. Esok, apa pula. esok lagi, apa yang bakal terjadi. next, next....next... wahai Penciptaku.. aku banyak dosa!
Bagaimana kalau tiba2 datangnya bencana. Manusia tidak tahu bila akan datangnya kiamat. Tetapi mereka amat tahu dan percaya, hari itu pasti ada. Penciptaku telah memberitahu dari awal.
Dari itu timbul semula rasa tanggungjawab untuk melaksanakan segala misi hidup yang ditetapkan Penciptaku. Harus berbuat baik, solat 5 waktu, dan menunaikan segala tanggungjawab. Sehingga hari kematian itu tiba. Manusia sering lupa. Semua manusia akan mati.
Dari itu timbul semula persoalan. Pentingkah kekayaan? Pentingkah kebanggaan? Pentingkah kesempurnaan? Pentingkah kecantikan? Kerana 99% kehidupan manusia cenderung mengejar semua ini. Bagaimana dengan amalan?
Tapi mengapa.. kesedaran itu seringkali datang seperti angin yang menyapa, dan pergi begitu saja...
Ya Allah..

Dalam aku ingin mengejar kesempuarnaan itu, aku sering diberi pilihan. Yang baik, dan yang buruk. Yang buruk itu selalu kelihatan seperti satu batu loncatan. Yang baik itu selalu amat payah. Untuk mengejar kesempurnaan itu, jalan yang baik biasanya kita sering terjatuh. Kepada manusia yang benar2 faham mengapa akan terus memilih kebaikan. Yang sedar hakikat penciptaannya, yang sabar dan bersih hatinya akan tetap tenang memilih kebenaran. Itu gunanya akal yang juga diciptakan didalam diri manusia seperti aku.
Penciptaku telah memberikan buku panduan untuk aku melalui hidup yang sementara ini dengan betul. Kerana keseluruhan hidupku adalah ujian semata-mata. Buku panduan itu diberi nama Al-quran. Buku panduan itu amat menarik. Ia berbentuk sebuah cerita, pesanan dan juga peringatan. Tetapi kebanyakan manusia lebih memilih buku2 ciptaan mereka sendiri sebagai panduan. Aku juga begitu. Banyak penciptaan manusia yang menjadi panduan hidup manusia. Contohnya majalah, novel... Ada yang bijak, memilih buku bersumberkan sumber dari Pencipta mereka sebagai panduan hidup. Sebenarnya manusia diciptakan dari asalnya hati yang baik, suci bersih. Tetapi semakin mereka mengenal dunia mereka semakin lalai. Kerana dunia begitu indah. Banyak nikmat yang dapat dikecapi. Mereka lupa hasrat murni mereka sebelum mereka mengenal dunia dulu. Mereka juga pernah berjanji dengan Pencipta mereka. Tetapi mereka lupa. Aku lupa.
Tetapi Penciptaku Maha Penyayang. Waktu malam yang diciptakannya amat tenang itu. Suasana sunyi, hanya kedengaran bunyi cengkerik ciptaannya. Dikala aku duduk berseorangan melepaskan lelah setelah mengharungi kekalutan, kenikmatan serta lakonan2 di dunia ini di siang hari, Dia membuat aku berfikir kembali.Bagaimana kalau aku mati esok? Adakah aku sudah bersedia untuk dishutdownkan yang hanya bila2 masa boleh berlaku. Aku terbaca satu artikel - Tanda2 100 hari Kematian - Hati ini... tiba2 rasa takut untuk menghadapi masa2 akan datang. Esok, apa akan jadi. Esok, apa pula. esok lagi, apa yang bakal terjadi. next, next....next... wahai Penciptaku.. aku banyak dosa!
Bagaimana kalau tiba2 datangnya bencana. Manusia tidak tahu bila akan datangnya kiamat. Tetapi mereka amat tahu dan percaya, hari itu pasti ada. Penciptaku telah memberitahu dari awal.
Dari itu timbul semula rasa tanggungjawab untuk melaksanakan segala misi hidup yang ditetapkan Penciptaku. Harus berbuat baik, solat 5 waktu, dan menunaikan segala tanggungjawab. Sehingga hari kematian itu tiba. Manusia sering lupa. Semua manusia akan mati.
Dari itu timbul semula persoalan. Pentingkah kekayaan? Pentingkah kebanggaan? Pentingkah kesempurnaan? Pentingkah kecantikan? Kerana 99% kehidupan manusia cenderung mengejar semua ini. Bagaimana dengan amalan?
Tapi mengapa.. kesedaran itu seringkali datang seperti angin yang menyapa, dan pergi begitu saja...
Ya Allah..

Monday, January 21, 2013
Dilemma
Melihat pancuran air
Membayangkannya seperti berjuta- juta jarum yang akan mencucuk tubuhku
Masa terus berlalu dan aku masih terpaku di situ
Segalanya hanya akan selesai setelah aku melangkah setapak ke hadapan
tik...tok... masa terus berjalan
Aku kesuntukan masa
Kalau bukan sekarang bila lagi?
Nekad pejamkan mata, aku mara setapak.
Fikiranku hanya tertumpu pada matlamat
Biarlah berjuta jarum itu mencucuk tubuhku
Ia hanya sekejap
Gigi menggelatuk kesejukan
Aku dah mandi !!
Dah lewat untuk ke kelas.
* proudly publish (",)

Sunday, January 20, 2013
Kenapa Perempuan Tak Suka Lelaki Merokok?
Haizz.... tengok muke dia. Rasa nak tumbuk je
Nak tahu kenape? betul nak tahu?
Pada pandangan aku lah :
1) Lelaki yang merokok itu nampak sosial. Menggambarkan dengan siapa dia berkawan
2) Menggambarkan cara pemikiran
3) Nampak sangat tak smart bila lelaki merokok
4) Orang perempuan ni sangat bangga bercerita dengan kawan2 dia kalau suami, ayah, bf atau atuk diorang sekalipun tu tak merokok
5) Diorang merasakan lelaki yang tak merokok tu sangat sopan dan penyayang plus gentle yang amat sangat
6) Diorang mengimpikan keluarga yang terdiri dari orang yang sihat2 dan rumah tangga yang bebas dari asap rokok
7) Pada diorang lelaki yang merokok tu sangat membazir dan perkataan 'ketagih' itu sangat2 menakutkan
8) Kalau kat kedai makan tu, lelaki yang merokok amat menggangu dengan asap2. Kasihan baby2 dan golongan2 yang tak meroko tu. Self-ish kan
Ada lagi kot, tapi itu je la buat masa sekarang ni. Jangan mare ni pada pandangan aku je. Kalau ada lagi yang perlu ditambah nanti aku update ya. Kalau.
ok bye :)
Saturday, January 19, 2013
My View
I have many hobbies. Antaranye aku suke tangkap gambar. Then edit. Ada rasa satu kepuasan sebab rasa macam dapat share pengalaman tu same-same. Nasib la nanti sesape yang kene pakse tengok gambar yang aku snap tu. Tak kisah la dia nak kata gambar tu cantik ke tak, yang penting tengok. Tengok jugak!
Hari tu aku pegi picnic ngan family kat pantai mane ntah...
yang ni gambar orang tengah wat photoshoot. saje nak amek gambar curi. hehe
Hari tu aku pegi picnic ngan family kat pantai mane ntah...
ada bnyak sangat layang2 n macam2 bentuk. Bentuk ikan, kapal terbang, bla bla bla.
Macam ada pesta layang2 lah pulak (",)
Aku ske bot ni sebab dia colourfull. Ceria
Ni kedai jual layang2 tu
Nelayan yang baru pulang di waktu petang. Ntah kenape tetibe aku teringat ayat ni.
'Everyone have their own story' .
Indahnya alam yang Allah cipta!
Yang ni pulak.. gambar anak sape ntah. tapi sweet sangat =)
Ada orang tgah frust.
Gambar ni yang paling aku suke. Sangat suke.
sweet kan gambar ni. Actually aku suke color layang2 tuh... -.-'
tu je gambar2 yang aku nak share. Nothing more to talk. Aku bukan seorang yang banyak cakap.
kot.
ok bye
Liku-liku Itu
Ku berjalan meredahi segalanya
Diawali dengan lafaz bismillah
Ranting - ranting pokok yang rapuh
akar - akar pokok yang timbul,
segala apa binatang yang mungkin ada.
ular? sesumpah? cicak?
ya, aku takut..
Malam itu gelap - gelita
Tapi aku harus pulang, berjalan dengan pantas
Tidak nampak apa-apa seolah - olah buta
Cuma ada cahaya bulan
Bermacam - macam yang bermain difikiran
entah apa yang aku pijak.
Geli, takut, semua ada. . .
Tapi, tetap perlu berjalan
Redahi semuanya. Hapuskan ketakutan
Melihat hanya pada cahaya bulan. Aku takut tersungkur.
Bergantung hanya pada yang satu.
Aku terus berlari, pasrahkan segalanya. . .
Aku ingin tiba dengan selamat
- ini liku - liku itu -

Friday, January 18, 2013
A
Waktu malam begini. Hujan lebat di luar sana. Ditambah lagi dengan adanya pohon kehijauan disekeliling rumah. Suasana sejuk ^^,
Kenapa ya. Bila masa kita sibuk, banyak betul benda yang kita nak buat. Tapi, bila dah free macamni, tak tahu nak buat apa. Bosan. Walau jam dah menunjukkan pukul satu, tido pun taknak. Tido pun dah jadi bosan! Wow. Sangat pelik..
Hidup... hidup...
Subscribe to:
Posts (Atom)