Wednesday, January 23, 2013

Hayat ini

Aku salah seorang dari manusia yang dicipta. Ada berjuta2, berbilion2 manusia yang dicipta. Aku salah satunya. Number siri tiada. Cuma cap jari yang membezakan aku dengan manusia2 lain. Aku diciptakan dengan naluri. Punya keinginan, matlamat dan impian. Itu semua telah diprogamkan sejak dari awal lagi penciptaanku. Aku ingin menjadi yang terbaik. Aku ingin mengejar kekayaan, nama, pangkat. Aku inginkan kehormatan, kebanggaan, kasih sayang. Aku pun ingin menjadi bijak, cantik, dan sempurna. Itu nafsu dalam diri manusia seperti aku.
Dalam aku ingin mengejar kesempuarnaan itu, aku sering diberi pilihan. Yang baik, dan yang buruk. Yang buruk itu selalu kelihatan seperti satu batu loncatan. Yang baik itu selalu amat payah. Untuk mengejar kesempurnaan itu, jalan yang baik biasanya kita sering terjatuh. Kepada manusia yang benar2 faham mengapa akan terus memilih kebaikan. Yang sedar hakikat penciptaannya, yang sabar dan bersih hatinya akan tetap tenang memilih kebenaran. Itu gunanya akal yang juga diciptakan didalam diri manusia seperti aku.
Penciptaku telah memberikan buku panduan untuk aku melalui hidup yang sementara ini dengan betul. Kerana keseluruhan hidupku adalah ujian semata-mata. Buku panduan itu diberi nama Al-quran. Buku panduan itu amat menarik. Ia berbentuk sebuah cerita, pesanan dan juga peringatan. Tetapi kebanyakan manusia lebih memilih buku2 ciptaan mereka sendiri sebagai panduan. Aku juga begitu. Banyak penciptaan manusia yang menjadi panduan hidup manusia. Contohnya majalah, novel... Ada yang bijak, memilih buku bersumberkan sumber dari Pencipta mereka sebagai panduan hidup. Sebenarnya manusia diciptakan dari asalnya hati yang baik, suci bersih. Tetapi semakin mereka mengenal dunia mereka semakin lalai. Kerana dunia begitu indah. Banyak nikmat yang dapat dikecapi. Mereka lupa hasrat murni mereka sebelum mereka mengenal dunia dulu. Mereka juga pernah berjanji dengan Pencipta mereka. Tetapi mereka lupa. Aku lupa.

Tetapi Penciptaku Maha Penyayang. Waktu malam yang diciptakannya amat tenang itu. Suasana sunyi, hanya kedengaran bunyi cengkerik ciptaannya. Dikala aku duduk berseorangan melepaskan lelah setelah mengharungi kekalutan, kenikmatan serta lakonan2 di dunia ini di siang hari, Dia membuat aku berfikir kembali.
Bagaimana kalau aku mati esok? Adakah aku sudah bersedia untuk dishutdownkan yang hanya bila2 masa boleh berlaku. Aku terbaca satu artikel - Tanda2 100 hari Kematian - Hati ini... tiba2 rasa takut untuk menghadapi masa2 akan datang. Esok, apa akan jadi. Esok, apa pula. esok lagi, apa yang bakal terjadi. next, next....next... wahai Penciptaku.. aku banyak dosa!
Bagaimana kalau tiba2 datangnya bencana. Manusia tidak tahu bila akan datangnya kiamat. Tetapi mereka amat tahu dan percaya, hari itu pasti ada. Penciptaku telah memberitahu dari awal.
Dari itu timbul semula rasa tanggungjawab untuk melaksanakan segala misi hidup yang ditetapkan Penciptaku. Harus berbuat baik, solat 5 waktu, dan menunaikan segala tanggungjawab. Sehingga hari kematian itu tiba. Manusia sering lupa. Semua manusia akan mati.

Dari itu timbul semula persoalan. Pentingkah kekayaan? Pentingkah kebanggaan? Pentingkah kesempurnaan? Pentingkah kecantikan? Kerana 99% kehidupan manusia cenderung mengejar semua ini. Bagaimana dengan amalan?
Tapi mengapa.. kesedaran itu seringkali datang seperti angin yang menyapa, dan pergi begitu saja...
Ya Allah..

















No comments:

Post a Comment