Dia memandangku. Masih menunggu tindak balas dariku dengan penuh rasa sabar. Aku cuba tidak mengendahkannya. Masih mencari ayat terbaik untuk dilontarkan. Supaya tidak melukainya atau menyakitinya. Pandangan ku lontarkan di lautan hadapan mataku. Suasana ketika itu, hanya desiran angin dan burung- burung berkicauan yang berbicara. Aku masih buntu melontarkan kata. Mungkin aku mengambil masa terlalu lama. Akhirnya aku menoleh ke arahnya, mengartikan satu senyuman kelat. Harap dia mengerti. " InsyaAllah kalau ada jodoh ". Akhirnya itu ayat yang kupilih. Aku tahu jawapan itu sudah tidak sesuai dengan peringkat ikatan aku dan dia. Aku masih belum pasti dengan pendirianku. Ya Allah tunjukkan lah aku.
Setahun sebelum itu.
" Abang minta maaf, abang tak tahu pasal semua ni. Mak abang datang merisik Fara tanpa pengetahuan abang. Mana mungkin kita boleh bersama. Kita kan sepupu ". kata- kata itu membuat aku rasa sungguh tercabar. Keluarganya telah terlanjur merisikku, dan aku telah terlanjur menerimanya. Dan itu kata- kata nya padaku? Maka selama ini layanan dia tarhadapku membuat aku rasa salah faham?
Aku membalas kata- katanya dengan cuba berlagak tenang. " Apa yang dah jadi dah pun jadi. Kita lupakan. Cuma satu benda yang Fara nak ingatkan. Kalau kita takda niat apa- apa terhadap seseorang, jangan memberikan layanan yang terlalu baik. Kelak akan menimbulkan salah faham semua orang. Akan menimbulkan harapan. Jangan baik sangat... tu saja ". Sangat sedih rasa. Tapi rasa marah mengatasi segalanya. Aku menerimanya bukan kerana aku rasa cinta. Tapi aku rasa dia adalah yang terbaik untuk aku.
Sebulan selepas itu.
Aku merenung cincin itu. Aku masih belum mengerti bagaimana hubungan ini masih diteruskan. Bagaimana semua ini boleh terjadi. Ikatan ini seolah bukan atas dasar cinta. Siapa yang menyatukan kami? Ini seolah keinginan keluarga. Tapi layanan dia terhadapku sungguh barbeza. Aku masih keliru dengan apa yang berlaku. Semua terjadi dengan terlalu pantas. Aku tidak pernah terfikir akan secepat ini. Aku masih belajar dan tidak pernah merencanakan semua ini. Padahal aku dan dia masih belum kenal dengan baik. Tidak pernah berbicara soal hati.
Selepas itu bermacam- macam rancangan yang direncanakan untuk menyatukan hati aku dan dia. Setelah sejauh ini... mengapa hatiku tiba- tiba terasa berat untuk menerimanya.
* Bersambung...
