Tuesday, August 26, 2014

Farah termenung sendirian dihadapan pc. Buku- buku yang bertimbun di atas meja itu seolah tidak langsung mengganggu. Skrin pc itu dipandangnya dengan pandangan kosong. Fikirannya melayang jauh...
                                                                      -----------
" makan telur je? ". seorang lelaki berkulit hitam manis menegurnya di kafeteria. Farah tersipu-sipu. Dia tidak mengenali lelaki itu, tapi yang pasti dia tahu, lelaki itu sekelas dengannya. Semenjak mendaftarkan diri di IPTA itu Farah belum pernah mengenali mana-mana lelaki. " makan telur je.." Farah membalas teguran itu. Agak lambat kerana bingung siapa yang ditegur sebenarnya. Penjual makanan di kafetaria itu, seorang gadis dalam usia lingkungan belasan tahun tersenyum melihat karenah Farah yang agak panik dan malu-malu.
 Terasa segala gerak-gerinya diperhati. Pada masa itu dia mencedok apa sahaja lauk dihadapannya untuk menyembunyikan rasa segan.

"woi berangan!" Farah tersentak apabila teman sebiliknya menepuk bahunya. Senyumannya terhenti hilang disitu. Segalanya terus lesap. Hatinya kembali sayu.


" Bila agaknya masa aku betul-betul boleh lupakan dia. Bila??  "...

Tak Mahu Tapi Terpaksa


Kita seringkali menghadapi situasi ini. Satu satunya cara terbaik ialah cuba melakukan yang terbaik.
Supaya tiada apa yang perlu disesalkan kelak.

Aku sedang menjalani latihan industri di satu syarikat konsultan di Johor Bahru.
Alhadulillah, Allah permudahkan segala galanya. Disaat rakan2 seperjuanganku sibuk memikirkan tentang tempat tinggal, bayar sewa, aku pula hanya perlu membawa pakaian tinggal di sebuah apartmen milik akak aku. Sangat selesa. Makan minum ditanggung.

Ya aku sangat2 bersyukur. Apa2 tentang aku semuanya akak aku tolong.
Memang beruntung kan. Jika dibandingkan dengan zaman2 mereka dulu, semuanya kene berdikari sendiri. Mungkin tuah aku sebagai anak bongsu.

Tapi sebenarnya setiap kemudahan yang dia berikan untuk aku, membuatkan aku rasa amat serba salah.
Akak aku, dia sangat baik. Kadang2 aku tak tahu bagaimana cara terbaik untuk aku membalas jasa dia. Ambil berat dia terhadap aku. Aku rasa amat terhutang budi. Perasaan itu sangat sukar diungkapkan untuk difahami orang lain. Banyak masalah aku dia akan cuba selesaikan, walau kadang dia suka marah2.

Tadi, pulang dari pejabat aku lihat ada sehelai kertas berwarna merah jambu di wiper kereta aku. Surat saman RM 100. Dimana aku nak cari RM100? Salah aku kerana mengambil mudah soal parking2.
Terpaksa juga aku sms mak, minta duit RM100. Kalau dah dapat elaun aku berniat ingin membayar semula.
Mak aku tiada masalah. Tapi aku tahu, mak selalu akan kata macamtu walau dalam apa juga situasi.

Aku tak sampai hati nak minta duit. Tapi aku terpaksa.

Tak lama lepastu, akak aku call, tanya. " Ika kene saman ke?". Perasaan aku masa tu. Sedih, serba salah campur2. Laju je soalan aku tanya "kenapa mak bagitahu akak?". Aku tahu, tak sepatutnya aku tanya soalan tu. Tapi aku tak dapat mengawal emosi.

Aku merasakan diri aku seolah2 sering menyusahkan. Aku takut kalau mak bagitau akak sebab dia takda duit.

Dalam usia aku yang dah mencecah 23 tahun, aku sepatutnya sudah boleh berbakti. Kadang2 rasa malu dengan keadaan.

Tak Suka Tapi Terpaksa. Memang sakit untuk hadapi, tapi perlu juga. Apa jua situasi kita, susah ataupun senang, kita perlu untuk belajar sesuatu. Situasi 'senang' seperti aku juga tidak mudah.
Tapi laluinya dengan tenang dan sabar.
Kerana di setiap satunya ada hikmah yang tersembunyi.
* pesanan lebih kepada diri ini.

Keluarga itu Anugerah yang tak ternilai.
Hargailah kerana ada di antara kita diluar sana yang tidak mempunyai keluarga, selalu mengimpikan sesuatu yang kita miliki.




 :-)