Mungkin kau beruntung kerana menjadi orang pertama yang aku cuba capai
Ya, niat itu suci. Ikhlas
Kerana perasaan itu cinta
Tetap kagum walau apa kau lakukan
Tetap suka walau aku tak kau endah
Aku tahu kau gembira dicintai
Tapi kau tak mencintai
Tapi itu tak mengapa
Kerana aku cinta. Suka yang ikhlas
Melihat kau dari jauh saja, buat aku tersenyum
Lihat kau marah, bingung, atau terjatuh, aku tetap suka
Dimata aku. Kamu sangat comel.
Tapi aku sakit melihat kau dengan dia
Tapi, aku tetap perlu senyum
Supaya perasaan itu tersimpan rapi, hanya kau saja yang tahu aku sedang terluka.
Jangan ada orang lain tahu.
Biar kita saja yang tahu.
Biar pendam rasa itu
Lama2 luka boleh hilang
Biar aku pujuk hati ini
Masih juga aku melihat kau curi2
Tuan badan yang tak sayang hati. Aku lah.
Tapi aku bukan selamanya begitu
Aku akan berlalu juga jika terluka
Agar Allah kikiskan perasaan itu.
Biar aku bebas dari kebergantungan emosi kelakuan kamu.
Aku doa, jangan biar aku jatuh cinta dengan kamu lagi
Aku undurkan diri
Aku akan berubah menjadi yang labih baik untuk orang lain
Dengan izin Allah perasaan itu boleh hilang
Aku takkan toleh semula, kerana itu cuma sekali
Tapi ketahuilah.
Aku tak pernah kesal mengenali kau.
Kau mengajar aku erti tabah.
Kental hati dengan rasa terbuang.
Dulu kau pernah kata aku keanakkan waktu kita bergurau ceria
Sekarang kau juga yang jadikan aku lebih matang.
Terima kasih untuk segalanya.
Tiba satu masa nanti, Masa yang pasti kau tunggu2
Akan tiba detik terakhir kewujudan aku dalam hidup kamu.
Jangan terus membenciku.
Tapi belajar lah sesuatu dari aku.