Tuesday, August 26, 2014

Farah termenung sendirian dihadapan pc. Buku- buku yang bertimbun di atas meja itu seolah tidak langsung mengganggu. Skrin pc itu dipandangnya dengan pandangan kosong. Fikirannya melayang jauh...
                                                                      -----------
" makan telur je? ". seorang lelaki berkulit hitam manis menegurnya di kafeteria. Farah tersipu-sipu. Dia tidak mengenali lelaki itu, tapi yang pasti dia tahu, lelaki itu sekelas dengannya. Semenjak mendaftarkan diri di IPTA itu Farah belum pernah mengenali mana-mana lelaki. " makan telur je.." Farah membalas teguran itu. Agak lambat kerana bingung siapa yang ditegur sebenarnya. Penjual makanan di kafetaria itu, seorang gadis dalam usia lingkungan belasan tahun tersenyum melihat karenah Farah yang agak panik dan malu-malu.
 Terasa segala gerak-gerinya diperhati. Pada masa itu dia mencedok apa sahaja lauk dihadapannya untuk menyembunyikan rasa segan.

"woi berangan!" Farah tersentak apabila teman sebiliknya menepuk bahunya. Senyumannya terhenti hilang disitu. Segalanya terus lesap. Hatinya kembali sayu.


" Bila agaknya masa aku betul-betul boleh lupakan dia. Bila??  "...

Tak Mahu Tapi Terpaksa


Kita seringkali menghadapi situasi ini. Satu satunya cara terbaik ialah cuba melakukan yang terbaik.
Supaya tiada apa yang perlu disesalkan kelak.

Aku sedang menjalani latihan industri di satu syarikat konsultan di Johor Bahru.
Alhadulillah, Allah permudahkan segala galanya. Disaat rakan2 seperjuanganku sibuk memikirkan tentang tempat tinggal, bayar sewa, aku pula hanya perlu membawa pakaian tinggal di sebuah apartmen milik akak aku. Sangat selesa. Makan minum ditanggung.

Ya aku sangat2 bersyukur. Apa2 tentang aku semuanya akak aku tolong.
Memang beruntung kan. Jika dibandingkan dengan zaman2 mereka dulu, semuanya kene berdikari sendiri. Mungkin tuah aku sebagai anak bongsu.

Tapi sebenarnya setiap kemudahan yang dia berikan untuk aku, membuatkan aku rasa amat serba salah.
Akak aku, dia sangat baik. Kadang2 aku tak tahu bagaimana cara terbaik untuk aku membalas jasa dia. Ambil berat dia terhadap aku. Aku rasa amat terhutang budi. Perasaan itu sangat sukar diungkapkan untuk difahami orang lain. Banyak masalah aku dia akan cuba selesaikan, walau kadang dia suka marah2.

Tadi, pulang dari pejabat aku lihat ada sehelai kertas berwarna merah jambu di wiper kereta aku. Surat saman RM 100. Dimana aku nak cari RM100? Salah aku kerana mengambil mudah soal parking2.
Terpaksa juga aku sms mak, minta duit RM100. Kalau dah dapat elaun aku berniat ingin membayar semula.
Mak aku tiada masalah. Tapi aku tahu, mak selalu akan kata macamtu walau dalam apa juga situasi.

Aku tak sampai hati nak minta duit. Tapi aku terpaksa.

Tak lama lepastu, akak aku call, tanya. " Ika kene saman ke?". Perasaan aku masa tu. Sedih, serba salah campur2. Laju je soalan aku tanya "kenapa mak bagitahu akak?". Aku tahu, tak sepatutnya aku tanya soalan tu. Tapi aku tak dapat mengawal emosi.

Aku merasakan diri aku seolah2 sering menyusahkan. Aku takut kalau mak bagitau akak sebab dia takda duit.

Dalam usia aku yang dah mencecah 23 tahun, aku sepatutnya sudah boleh berbakti. Kadang2 rasa malu dengan keadaan.

Tak Suka Tapi Terpaksa. Memang sakit untuk hadapi, tapi perlu juga. Apa jua situasi kita, susah ataupun senang, kita perlu untuk belajar sesuatu. Situasi 'senang' seperti aku juga tidak mudah.
Tapi laluinya dengan tenang dan sabar.
Kerana di setiap satunya ada hikmah yang tersembunyi.
* pesanan lebih kepada diri ini.

Keluarga itu Anugerah yang tak ternilai.
Hargailah kerana ada di antara kita diluar sana yang tidak mempunyai keluarga, selalu mengimpikan sesuatu yang kita miliki.




 :-)


Friday, April 25, 2014

Akhir Kata Untuk Kamu


Mungkin kau beruntung kerana menjadi orang pertama yang aku cuba capai
Ya, niat itu suci. Ikhlas
Kerana perasaan itu cinta

Tetap kagum walau apa kau lakukan
Tetap suka walau aku tak kau endah
Aku tahu kau gembira dicintai
Tapi kau tak mencintai

Tapi itu tak mengapa
Kerana aku cinta. Suka yang ikhlas

Melihat kau dari jauh saja, buat aku tersenyum
Lihat kau marah, bingung, atau terjatuh, aku tetap suka
Dimata aku. Kamu sangat comel.

Tapi aku sakit melihat kau dengan dia
Tapi, aku tetap perlu senyum
Supaya perasaan itu tersimpan rapi, hanya kau saja yang tahu aku sedang terluka.
Jangan ada orang lain tahu.
Biar kita saja yang tahu.

Biar pendam rasa itu
Lama2 luka boleh hilang
Biar aku pujuk hati ini

Masih juga aku melihat kau curi2
Tuan badan yang tak sayang hati. Aku lah.

Tapi aku bukan selamanya begitu
Aku akan berlalu juga jika terluka

Ku doa di setiap akhir solat.
Agar Allah kikiskan perasaan itu.
Biar aku bebas dari kebergantungan emosi kelakuan kamu.
Aku doa, jangan biar aku jatuh cinta dengan kamu lagi

Aku undurkan diri
Aku akan berubah menjadi yang labih baik untuk orang lain
Dengan izin Allah perasaan itu boleh hilang
Aku takkan toleh semula, kerana itu cuma sekali

Tapi ketahuilah.
Aku tak pernah kesal mengenali kau.
Kau mengajar aku erti tabah.
Kental hati dengan rasa terbuang.
Dulu kau pernah kata aku keanakkan waktu kita bergurau ceria
Sekarang kau juga yang jadikan aku lebih matang.
Terima kasih untuk segalanya.

Tiba satu masa nanti, Masa yang pasti kau tunggu2
Akan tiba detik terakhir kewujudan aku dalam hidup kamu.
Jangan terus membenciku.
Tapi belajar lah sesuatu dari aku.

Selamat Tinggal Cinta Pertamaku




Saturday, September 21, 2013

Takdir Terindah

Dia memandangku. Masih menunggu tindak balas dariku dengan penuh rasa sabar. Aku cuba tidak mengendahkannya. Masih mencari ayat terbaik untuk dilontarkan. Supaya tidak melukainya atau menyakitinya. Pandangan ku lontarkan di lautan hadapan mataku. Suasana ketika itu, hanya desiran angin dan burung- burung berkicauan yang berbicara. Aku masih buntu melontarkan kata. Mungkin aku mengambil masa terlalu lama. Akhirnya aku menoleh ke arahnya, mengartikan satu senyuman kelat. Harap dia mengerti. " InsyaAllah kalau ada jodoh ". Akhirnya itu ayat yang kupilih. Aku tahu jawapan itu sudah tidak sesuai dengan peringkat ikatan aku dan dia. Aku masih belum pasti dengan pendirianku. Ya Allah tunjukkan lah aku.

Setahun sebelum itu.

" Abang minta maaf, abang tak tahu pasal semua ni. Mak abang datang merisik Fara tanpa pengetahuan abang. Mana mungkin kita boleh bersama. Kita kan sepupu ". kata- kata itu membuat aku rasa sungguh tercabar. Keluarganya telah terlanjur merisikku, dan aku telah terlanjur menerimanya. Dan itu kata- kata nya padaku? Maka selama ini layanan dia tarhadapku membuat aku rasa salah faham?
Aku membalas kata- katanya dengan cuba berlagak tenang. " Apa yang dah jadi dah pun jadi. Kita lupakan. Cuma satu benda yang Fara nak ingatkan. Kalau kita takda niat apa- apa terhadap seseorang, jangan memberikan layanan yang terlalu baik. Kelak akan menimbulkan salah faham semua orang. Akan menimbulkan harapan. Jangan baik sangat... tu saja ". Sangat sedih rasa. Tapi rasa marah mengatasi segalanya. Aku menerimanya bukan kerana aku rasa cinta. Tapi aku rasa dia adalah yang terbaik untuk aku.

Sebulan selepas itu.

Aku merenung cincin itu. Aku masih belum mengerti bagaimana hubungan ini masih diteruskan. Bagaimana semua ini boleh terjadi. Ikatan ini seolah bukan atas dasar cinta. Siapa yang menyatukan kami? Ini seolah keinginan keluarga. Tapi layanan dia terhadapku sungguh barbeza. Aku masih keliru dengan apa yang berlaku. Semua terjadi dengan terlalu pantas. Aku tidak pernah terfikir akan secepat ini. Aku masih belajar dan tidak pernah merencanakan semua ini. Padahal aku dan dia masih belum kenal dengan baik. Tidak pernah berbicara soal hati.

Selepas itu bermacam- macam rancangan yang direncanakan untuk menyatukan hati aku dan dia. Setelah sejauh ini... mengapa hatiku tiba- tiba terasa berat untuk menerimanya.



* Bersambung...



Wednesday, January 23, 2013

Hayat ini

Aku salah seorang dari manusia yang dicipta. Ada berjuta2, berbilion2 manusia yang dicipta. Aku salah satunya. Number siri tiada. Cuma cap jari yang membezakan aku dengan manusia2 lain. Aku diciptakan dengan naluri. Punya keinginan, matlamat dan impian. Itu semua telah diprogamkan sejak dari awal lagi penciptaanku. Aku ingin menjadi yang terbaik. Aku ingin mengejar kekayaan, nama, pangkat. Aku inginkan kehormatan, kebanggaan, kasih sayang. Aku pun ingin menjadi bijak, cantik, dan sempurna. Itu nafsu dalam diri manusia seperti aku.
Dalam aku ingin mengejar kesempuarnaan itu, aku sering diberi pilihan. Yang baik, dan yang buruk. Yang buruk itu selalu kelihatan seperti satu batu loncatan. Yang baik itu selalu amat payah. Untuk mengejar kesempurnaan itu, jalan yang baik biasanya kita sering terjatuh. Kepada manusia yang benar2 faham mengapa akan terus memilih kebaikan. Yang sedar hakikat penciptaannya, yang sabar dan bersih hatinya akan tetap tenang memilih kebenaran. Itu gunanya akal yang juga diciptakan didalam diri manusia seperti aku.
Penciptaku telah memberikan buku panduan untuk aku melalui hidup yang sementara ini dengan betul. Kerana keseluruhan hidupku adalah ujian semata-mata. Buku panduan itu diberi nama Al-quran. Buku panduan itu amat menarik. Ia berbentuk sebuah cerita, pesanan dan juga peringatan. Tetapi kebanyakan manusia lebih memilih buku2 ciptaan mereka sendiri sebagai panduan. Aku juga begitu. Banyak penciptaan manusia yang menjadi panduan hidup manusia. Contohnya majalah, novel... Ada yang bijak, memilih buku bersumberkan sumber dari Pencipta mereka sebagai panduan hidup. Sebenarnya manusia diciptakan dari asalnya hati yang baik, suci bersih. Tetapi semakin mereka mengenal dunia mereka semakin lalai. Kerana dunia begitu indah. Banyak nikmat yang dapat dikecapi. Mereka lupa hasrat murni mereka sebelum mereka mengenal dunia dulu. Mereka juga pernah berjanji dengan Pencipta mereka. Tetapi mereka lupa. Aku lupa.

Tetapi Penciptaku Maha Penyayang. Waktu malam yang diciptakannya amat tenang itu. Suasana sunyi, hanya kedengaran bunyi cengkerik ciptaannya. Dikala aku duduk berseorangan melepaskan lelah setelah mengharungi kekalutan, kenikmatan serta lakonan2 di dunia ini di siang hari, Dia membuat aku berfikir kembali.
Bagaimana kalau aku mati esok? Adakah aku sudah bersedia untuk dishutdownkan yang hanya bila2 masa boleh berlaku. Aku terbaca satu artikel - Tanda2 100 hari Kematian - Hati ini... tiba2 rasa takut untuk menghadapi masa2 akan datang. Esok, apa akan jadi. Esok, apa pula. esok lagi, apa yang bakal terjadi. next, next....next... wahai Penciptaku.. aku banyak dosa!
Bagaimana kalau tiba2 datangnya bencana. Manusia tidak tahu bila akan datangnya kiamat. Tetapi mereka amat tahu dan percaya, hari itu pasti ada. Penciptaku telah memberitahu dari awal.
Dari itu timbul semula rasa tanggungjawab untuk melaksanakan segala misi hidup yang ditetapkan Penciptaku. Harus berbuat baik, solat 5 waktu, dan menunaikan segala tanggungjawab. Sehingga hari kematian itu tiba. Manusia sering lupa. Semua manusia akan mati.

Dari itu timbul semula persoalan. Pentingkah kekayaan? Pentingkah kebanggaan? Pentingkah kesempurnaan? Pentingkah kecantikan? Kerana 99% kehidupan manusia cenderung mengejar semua ini. Bagaimana dengan amalan?
Tapi mengapa.. kesedaran itu seringkali datang seperti angin yang menyapa, dan pergi begitu saja...
Ya Allah..

















Monday, January 21, 2013

Dilemma

Melihat pancuran air
Membayangkannya seperti berjuta- juta jarum yang akan mencucuk tubuhku
Masa terus berlalu dan aku masih terpaku di situ
Segalanya hanya akan selesai setelah aku melangkah setapak ke hadapan
tik...tok... masa terus berjalan
Aku kesuntukan masa
Kalau bukan sekarang bila lagi?
Nekad pejamkan mata, aku mara setapak.
Fikiranku hanya tertumpu pada matlamat
Biarlah berjuta jarum itu mencucuk tubuhku
Ia hanya sekejap
Gigi menggelatuk kesejukan
Aku dah mandi !!
Dah lewat untuk ke kelas.

* proudly publish (",)

Sunday, January 20, 2013

Kenapa Perempuan Tak Suka Lelaki Merokok?



               






Haizz.... tengok muke dia. Rasa nak tumbuk je

Nak tahu kenape? betul nak tahu?
Pada pandangan aku lah  :

1) Lelaki yang merokok itu nampak sosial. Menggambarkan dengan siapa dia berkawan

2) Menggambarkan cara pemikiran

3) Nampak sangat tak smart bila lelaki merokok

4) Orang perempuan ni sangat bangga bercerita dengan kawan2 dia kalau suami, ayah, bf atau atuk diorang sekalipun tu tak merokok

5) Diorang merasakan lelaki yang tak merokok tu sangat sopan dan penyayang plus gentle yang amat sangat

6) Diorang mengimpikan keluarga yang terdiri dari orang yang sihat2 dan rumah tangga yang bebas dari asap rokok

7) Pada diorang lelaki yang merokok tu sangat membazir dan perkataan 'ketagih' itu sangat2 menakutkan

8) Kalau kat kedai makan tu, lelaki yang merokok amat menggangu dengan asap2. Kasihan baby2 dan golongan2 yang tak meroko tu. Self-ish kan

Ada lagi kot, tapi itu je la buat masa sekarang ni. Jangan mare ni pada pandangan aku je. Kalau ada lagi yang perlu ditambah nanti aku update ya. Kalau.

ok bye :)